Alor Setar 6 Sept. Seorang surirumah Di Bukit Pinang Kepala Batas,Bernasib baik kerana tindakannya menghubungi Pusat Kawalan 999 Jabatan Pertahanan Awam Caw Alor Setar.sejurus terkejut apabila melihat kelibat seekor ular sawa yang berada didalam bilik simpanan barang-barang terpakai dibelakang rumahnya.
Reptilia di anggarkan panjang 5 kaki manakala beratnya 5 kilogram itu berjaya ditangkap empat anggota JPAM Caw Alor Setar yang diketuai KPL ( PA ) Salim bin Aziz yang tiba dirumahnya,sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 malam,Dengan sebuah kenderaan Operasi.
Anggota JPAM Caw Alor Setar mengambil masa kira-kira 15 minit berikutan kedudukan ular yang agak tinggi.menurut surirumah,puan.Nur Aini 40an ``ini bukan kejadian pertama reptilian itu dimemasuki kawasan rumahnya,Ini kerana rumahya terletak berhampiran sebatang sungai yang dipercayai menjadi tempat habitat ular sawa tersebut`` katanya.