Saturday, September 12, 2009

Alor Setar 3 Sept. Seorang pemuda terbunuh manakala motosikal jenis Yamaha yang ditungganginya remuk setelah melanggar sebuah kereta jenis proton wira di Bt.4,Jalan Tandop.Mangsa yang cuba hendak memotong kenderaan dihadapanya yang membuat mangsa tercampak di tengah-tengah jalan yang begitu sesak pada masa itu.


Menurut maklumat orang awam ,Mangsa beberapa kali dilanggar oleh kenderaan yang tidak dapat mengelak semasa mangsa terjatuh.Pusat Kawalan 999,Jabatan Pertahanan Awam caw. Alor Setar.Mendapat panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 1953. Dengan kekuatan Sebuah Ambulan,4 anggota dan seorang pemandu ketempat kejadian,Sejurus tiba mangsa telah pun meninggal dengan cebisan daging dan otak bertaburan.

Anggota Jabatan pertahanan Awam caw. Alor Setar dan beberapa anggota Polis mengutip cebisan daging mangsa dan mangsa dibawa oleh kenderaan Polis ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSBAS ) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluaganya.